Sunday, June 7, 2009

CALAR (surat - cinta - maaf)

salam...
entry kali nih kami macam ingin mensyahdu syahdankan diri sedikit..

1) surat
pagi pagi ini kami terjumpa satu surat yang pernah kami terima ++dalam tahun lepas++, surat yang sangat menenangkan, kami baca, ulang ulang, lipat dan simpan elok-elok kembali ke asalnya, bila bila rasa jatuh, buka dan baca balik, kandungannya mudah, tentang hati, hati seorang manusia yang tercalar dek kerana sifat sifat manusia lain yang tidak tahu menjaga hati, tapi hati yang tercalar sangat mudah diubati dengan kata-kata "dia" yang sangat memahami....terima kasih..dan apabila akhir katanya di selitkan .....
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
aduhai....betapa kerdilnya rasa diri dan bahagianya saya ada "dia" disisi..

klu : dia disini refer kepada dia yang kini menjadi tetamu Allah..:P

2)cinta
semalam ada seorang sahabat ++antara sahabat yang paling saya centa++ dia meluahkan rasa bimbangnya kerana belum mendirikan rumah tangga...tambah bertmbah lagi, seorang dari kami akan sampai hari dimana dua hati akan mencapai hari titik noktah hati mereka bulan 7 ini..tapi kami tidak bimbang kerana tahu selepas bulan 7 ini, akan ada bulan-bulan lain yang akan menjemput kami semula ke gombak atau subang..


hmm..dan apa kami rasa?risaukah wahai hati kerana kamu tak berkawin lagi?kami pun taktahu...bagi kami apa yang berlaku semua itu pasti ada sebab...sebab utama jodoh dia sudah sampai.mudah bukan?tapi mudahnya berkata, mudahkah hati menerima..?...jadi nasihat kami jangan mudah calarkan hati wanita dengan bertanya kenapa tidak kahwin lagi?

klu : sahabat disini refer kepada mereka yang sedang happy di gombak dan subang jaya itu!

3)maaf
pagi ini di ofis ada seorang sahabat ++kami pernah bekerjasama dahulu++ dia telah meluahkan perasaan nya yang terbuku pada kami ++bukan perasaan hati, kerana dia sudah "bernoktah" 2 tahun lalu dengan istewinya yang istimewa itu++, antara katanya

"mereka tidak mahu lagi membuat pembedahan paru2 saya dgn membuang bahagian paru2 yang telah rosak. Saya pun tak mau lagi.... So, sekrg ni mereka nak cuba selamatkan paru2 saya dgn makan antibiotic n masukkan antibiotic melalui darah. Saya ada tanya jgk dgn doc kalu ganti paru2 mcm mane... High risk...
Amal,

Bile di fikirkan balik, ini semua ujian dari Allah... Ia buatkan saya lebih dekat dgnNya. Ujian ini jgk buat saya n wife lebih byk meluangkan masa bersama... Alhamdulillah... wife saya bole menerima keadaan saya n akan bersama saya walauapapun yang akan terjadi pada saya...

Sorrylah amal.... saya ingin kongsi maslah saya ni dgn amal. Amal kwn yg dekat saya... At least, kalu terjadi apa2 dgn saya amal dapat bgtau kat kwn2 lain. Saya minta maaf pada amal"

ya dia sudah lama sakit, lama sangat, fizikal, wajah, dan emosinya memperlihatkan itu semua, dan kami di pejabat semua tahu,apa yang kami boleh bantu?
hanya kata-kata semnagat yang ditaburkan...tapi sebagai sahabat kami rasa hatinya tercalar, kerana siapa sajalah yang pemberi kata semnagat itu padanya, tidak termasuk jari kaki, boleh dibilang mereka yang sentiasa berada disisinya,
kami???kami juga terkadang terlupa tentang dia kerana kononya banyak perkara lain difikirkan hingga lupa tentang seorang sahabt yang sedang "berjuang"....maafkan kami.... tapi kami minta maaf kerana kami tahu kami bersalah...tapi sahabat ini tidak...katanya

"Minta maaf ni bukan bermakna saya dah putus asa utk meneruskan kehidupan. Tapi.... ianya hanya sebagai persediaan saya agar menjaga hubungan saya dgn manusia... "

dan kami terus kelu..diam....

klu : sahabat ini seorang yang sangat baik!!dan mempunyai isteri hebat bernama ACIK

++dari meja kerja++

No comments:

Post a Comment